Masjid Tanpa Kubah.
.
Kecoh juga pasal harga kubah RM500k. Tak apa lah, kita serah pada yang ahli.
.
Harini kami kongsikan satu masjid di Pamulang, Indonesia. Semestinya hadir tanpa (drum roll.........) KUBAH. 
.
Walaupun kubah memang sentiasa dikaitrapatkan dengan imej Islamik, namun terdapat banyak lagi Design Feature yang sebenarnya lebih memberi kesan dan impak secara terus kepada keselesaan jemaah untuk beribadah.
.
Mari kita lihat apa yang sesuai dibelanjakan dengan nilai RM500,000 selain dari kubah masjid.
1. Lubang Angin.
Kerap kita lihat, di kebanyakan masjid terutamanya di tempat wuduq, keadaannya sentiasa basah dan kepam. Wujudnya lubang angin pada kawasan tersebut dapat membantu meningkatkan cross ventilation atau pengaliran udara yang lebih baik supaya kawasan tersebut lebih cepat kering dan tidak kepam.Contohnya pada masjid ini, terdapat Roster Block atau orang kita panggil Batu Angin. Walaupun nampak modern, namun Lubang Angin ni dah lama datuk nenek kita guna pada rumah tradisional melayu. Secara tak langsung menggambarkan identiti bangsa pada design secara keseluruhan.
2. LandskapKebanyakan kita mungkin melihat landskap sebagai satu bentuk pembaziran juga. Sebulat suara, kami sokong, JIKA landskap tersebut dibuat sekadar menanam pokok-pokok hiasan yang tidak memberi apa-apa fungsi. Landskap yang baik semestinya perlu memberi impak dan fungsi yang dapat dimanfaatkan oleh umum. Misalnya, landskap yang direka untuk menyediakan sudut usrah atau perbincangan dalam suasana taman yang menenangkan sekaligus dapat menaikkan lagi seri masjid sebagai salah satu taman ilmu.
.
3. Kemudahan dan fasiliti OKU.
Bab yang ni, kita masih lemah. Selalunya design bangunan atau infrasturctur kita masih belum cukup inclusive. Walaupun kadang-kadang ada la disediakan, tapi kita abuse pula. Parking OKU contohnya. Ada je yang minat nak berlakon jadi OKU.
OKU pula, bukan terhad pada ramp untuk pengguna wheelchair saja. Jarang jumpa masjid yang ada Tactile Paving. Atau kami yang jarang ke masjid ye?Tactile Paving tu apa? Yang bintik2 dekat tepi jalan atau kaki lima tu. Fungsinya untuk bantu guide orang yang ada masalah penglihatan. Jarang kan kita nampak di masjid?

Sebenarnya banyak lagi option yang boleh kita explore untuk Masjid. Asalkan sesuatu bangunan itu well designed dan meletakkan pengguna sebagai design factor utama. Risau juga kalau kita terlalu meletakkan andaian, kalau takde kubah, bukan masjid la tu.
Harga besi mahal tau sekarang!
.
sumber : Archdaily
Back to Top